Posts

Showing posts from October, 2017

Syukur seorang insan-Thanks To Allah

Image
Sungguh manusia itu hanya sedikit yang bersyukur, Apakah alasan meninggalkan kewajipanmu, Adakah dengan kekayaan itu sudah cukup untukmu capai syurganya, Apakah tidak cukup nikmat kurniaanya, Untuk lidahmu ungkapkan kalimah "الحمد لله"، Andai dijadikan lautan itu sebagai dakwat, Menulis segala jenis nikmat pemberiaannya, Tidak akan pernah cukup, Kerana nikmat yang diberikan tidak terhingga, Angkuhnya Firaun dengan kekayaannya, Sehingga mengaku dirinya tuhan, Akhirnya tenggelam di laut merah, Sesungguhnya semuanya hanyalah pinjaman semata-mata, Syukur seorang insan, Bukanlah hanya dengan lisannya, Malah disaksi dengan hati, Serta dibuktikan dengan amal. الحمد لله All praise's to Allah Allah, I wanna thank you I wanna thank you for all the things that you've done You've done for me through all my years I've been lost You guided me from all the ways that were wrong And did you give me hope O Allah, I wanna thank you I wanna...

لا تحزن إنّ الله معنا(Part 2)

Image
Keamanan didunia hanyalah sementara, Keamanan sebenar menunggumu disana, Teruskan api perjuangan sentiasa membara, Janganlah kamu bersedih kerana allah sentiasa bersamamu. Ya allah bagilah kejayaan kepada mereka, Binalah sebuah mahligai baginya syuhada' disisimu. لا تحزن إنّ الله معنا.

"لا تحزن"always have hope

Image
Bumi Palestin, Bukan kerana kau lemah kau rebah, Betapa kuatnya dirimu bangkit daripadanya, Tangisanmu bukanlah mainan semata-mata, Ganjaran bagimu para syuhada' ialah syurga, Itulah tempat selayaknya buatmu, Kerana perjuanganmu bukanlah sia-sia, Jangan pernah kau bersedih, Harapan itu pasti terkabul, Kerana allah sentiasa disisimu.

Story of The "قلم"

Image
Bacalah, Kerana dengan membaca kamu ketahui, Hakikatnya dunia itu luas terbentang, Bumi itu Sfera bentuknya, Jangan pernah kau berhenti untuk membaca, Tambahkan pengetahuanmu supaya ia bermanfaat, Supaya kau ketahui disebalik misteri, Sebagai pedoman yang boleh dipahat, Insan membaca membentuk peribadi yang membina. #WorldBookDay

Kembara menuju garisan penantian

Image
Laluan ini bukan sekadar hanya berjalan, Berlarilah sehingga sampai ke destinasimu, Naiklah bukit yang gagah berdiri diperjalananmu, Sehingga kau sampai ke menara api, Suluhilah petunjuk arah tujumu, Agar kau ketahui lokasinya, Teruskanlah perjalanmu tanpa kau patah harapan, Kuatkan keazamanmu berkunci di dalam tembok besi, Hargailah setiap masamu, jangan biarkan ia ditiup  angin tanpa kau mampu mengubah arahnya, Tepuklah dadamu tanya iman dan hatimu, Sepanjang kembaramu haraplah redha-Nya, Jadilah pengembara melihat kebesarannya, Agar kembaramu sampai di garisan yang dinanti, Usaha dan tawakalmu pasti diganti.

Pandanglah ke langit

Image
Kita buntu, kesepian tanpa sesiapa disisi, Tetapi adakah kita lupa? Pandanglah ke langit, Sambil memuji kekuasaannya, Ketika kita bersedih, Dia ada disisi, Ketika kita buntu, Dia menunjukkan arahnya, Ketika kita tidur sekalipun, Dia setia menjaga, Ketika tiba masanya kita bertahajjud, Dia memanggil kita, Ya allah kaulah peneman sebaik-baik peneman. Tidak terhitung kasih dan rahmatnya yang dikurniakan untuk hambanya.Kita sebagai hamba allah hendaklah sentiasa bersyukur.Nasihat saya jangan pernah kita tinggalkan solat,jangan pernah kita putuskan talian hayat kita dengan allah.Insyallah kita cuba perbaiki dan mempertingkatkan diri agar sama-sama kita menjadi hamba yang diredhainya.