Posts

Showing posts from November, 2017

Merentasi demensi masa

Image
Matahari bersinar memancar ke bumi, Menyinari di pagi ini dengan penuh kecerian, Sepohon pokok menghalang sinaran itu, Sehingga terbentuk bayang ditanah, Terpandang sekumpulan burung yang bebas berterbangan di udara, Ku lihat kebebasan itu sangat beerti dalam kehidupan. Pengembaraan merentasi dunia impian, Ku teringin menghabisi masa dengannya, Tetapi ku perlu persiapkan diri dengan ilmu, Dengannya ku mampu hidupkan sebuah perjalanan, Merentasi demensi masa, Mencari erti peta kehidupan, Dan melihat keindahan dan khazanah dunia, Butiran kata terungkap tanda kesyukuran. Walau setinggi manapun bukit didaki, Walau sepayah manapun duri dan belukar diharungi, walau sebanyak manapun rintangan ribut dan taufan melanda, perjuanganku tidak akan terhenti hanya dengan keluhan rasa, walaupun parut berbekas , peluh mengalir, Tiada perhentian, Selagi maraknya api semangat.

Harapan di lautan Atlantik

Image
Sepohon pokok daun menghijau subur di muka bumi, Tumbuh meninggi hingga ke awan, Akar yang mencengkam tanah menjalar mencari punca air, Untuk kekal subur dan tumbuh, Betapa indahya alam ciptaan tuhan. Percayalah bahawa harapan yang tenggelam di lautan Atlantik, Masih boleh diselamatkan ,Selagi kamu masih percaya dan yakin, Dengan adanya punca letaknya seribu masalah, Hanya memerlukan kunci idea dan jalan penyelesaian, Untuk membuka sebuah peti besi sarat kebenaran. Ujian hidup mesti ditempuhi, kerana ia sekadar kemampuanmu, Sebagaimana seekor harimau yang kebuluran mengejar mangsa, Biarlah pahit dan derita kita hadapi kerana ia cumalah sementara, Bukan selamanya kita sengsara, Kerana betapa manisnya sifat sabar di jiwa insan, dengan kesabaran tumbuhnya seribu bunga kemenangan yang mekar. Ku bukanlah penghibur yang membuat manusia ketawa, Ku bukanlah guru yang mendidik anak bangsa , Ku juga bukanlah askar pejuang negara, Tetapi ku cumalah insan yang kerdil di b...

Dia sentiasa disisimu

Image
          Disaat kau merasakan kehilangan,      Hakikatnya dia sentiasa menemanimu,      Dimanapun kamu berada di dunia,      Samaada kamu senang , susah , sengsara,      Dia sentiasa disisimu.      Jangan pernah kau berputus harapan,      Jangan pernah kau merasa sunyi dan sepi,      Lihatlah disekelilingmu,      Sudah cukup bagimu segalanya yang kau perlukan.      Sungguh ujian yang diberi,      Sangat setimpal dengan kudratmu,      Dia menguji sejauh mana keimananmu,      Untukmu mampu beristiqomah pada jalannya.      Semoga kau menjadi insan terpilih melangkah di jalan keRedhaannya.