Harapan di lautan Atlantik
Sepohon pokok daun menghijau subur di muka bumi,
Tumbuh meninggi hingga ke awan,
Akar yang mencengkam tanah menjalar mencari punca air,
Untuk kekal subur dan tumbuh,
Betapa indahya alam ciptaan tuhan.
Percayalah bahawa harapan yang tenggelam di lautan Atlantik,
Masih boleh diselamatkan ,Selagi kamu masih percaya dan yakin,
Dengan adanya punca letaknya seribu masalah,
Hanya memerlukan kunci idea dan jalan penyelesaian,
Untuk membuka sebuah peti besi sarat kebenaran.
Ujian hidup mesti ditempuhi, kerana ia sekadar kemampuanmu,
Sebagaimana seekor harimau yang kebuluran mengejar mangsa,
Biarlah pahit dan derita kita hadapi kerana ia cumalah sementara,
Bukan selamanya kita sengsara,
Kerana betapa manisnya sifat sabar di jiwa insan,
dengan kesabaran tumbuhnya seribu bunga kemenangan yang mekar.
Ku bukanlah penghibur yang membuat manusia ketawa,
Ku bukanlah guru yang mendidik anak bangsa ,
Ku juga bukanlah askar pejuang negara,
Tetapi ku cumalah insan yang kerdil di bumi yang nyata,
Menulis sebuah kisah,sebuah bingkisan luahan hati,
Semoga ku mampu memberi jasa walaupun secubit rasa,
Selagi ada kudrat dan tenaga,
Semoga ia berguna sepanjang masa.
Comments
Post a Comment